Thursday, 21 July 2016

5 Produk Kecantikan Korea yang terkenal di Malaysia

Korea sememangnya terkenal dengan pilihan produk kecantikan yang berasakan dari bahan semulajadi. Jenama mereka juga sudah terlalu ke depan serta berteknologi tinggi seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Produk kecantikan ini wujud sinonim dengan rutin kecantikan yang diketengahkan oleh artis mereka sendiri yang semakin popular dikalangan wanita dan anak gadis di Malaysia. Rasa ingin menjadi cantik secara sihat dan semulajadi telah menjadi trend hari ini dan menyebabkan jenama produk kecantikan Korea ini menjadi pilihan No.1 di Malaysia.

Ini terbukti apabila salah satu jenama produk korea dinobatkan sebagai jenama terbaik bagi kategori produk kecantikan oleh Mid Valley pada tahun 2016. Namun, ada beberapa produk kecantikan di Korea yang masih hangat diperkatakan dan dicari oleh wanita di Malaysia. Antaranya: 

1. The Face Shop

The Face Shop telah melahirkan lebih dari 1000 produk berkualiti tinggi dengan bahan-bahan buah-buahan dan herba asas serta intipati bijirin. Kandungan ini berfaedah untuk menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda cantik serta membersihkan dan meningkatkan metabolisme kulit anda. 


2. Etude House 


Etude House merupakan salah satu jenama produk kecantikan yang dikeluarkan oleh Amore Pacific Group. Etude House khusus kepada penjagaan kulit, bibi, mata serta muka. Jenama ini terkenal dengan produk memutih dan menjadikan kulit anda berseri disamping menjaga kelembapan kulit sedia ada. 


3. Innisfree 


Innisfree adalah salah satu produk jenama Korea yang meningkat naik di Malaysia. Innisfree mengkhususkan bahan-bahan alam semula jadi dan bahan mentah seperti bunga eksotik, lumpur batu gunung berapi dan rumpai laut tulen yang datang dari Pulau Jeju. Ia mengintegrasikan bahan semulajadi dengan teknologi yang berasal dari tenaga yang sihat dan memberikan impak segar pada wajah anda. 


4. SKINFOOD 

 Salah satu jenama produk kecantikan yang telah mendapat tempat dihati peminat produk kecantikan ialah SKINFOOD. Kosmetik ini terdiri daripada bahan-bahan semula jadi dan sangat sesuai digunakan oleh golongan muda. Produk ini telah mendapat kepercayaan oleh para pelanggan kerana memenuhi citarasa dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit. 



5. LANEIGE 
Jenama Laneige yang dicipta oleh Amore pacific pada tahun 1994 adalah jenama kosmetik Korea yang telah membuat integrasi baru menggunakan'miracle water'. Laneige dibangunkan agar dapat membantu wanita muda tampil lebih yakin dan berseri. Ia bukan sahaja mempunyai kesan yang luar biasa namun merupakan anti penuaan dan baik untuk mencerahkan kulit muka anda. Selaras dengan teknologi yang serba canggih ini, wujudlah banyak online shopping yang menjual produk kecantikan korea di Malaysia. 

Jangan khuatir, kebanyakkan produk kecantikan korea ini mengandungi bahan yang dibenarkan dan HALAL. Namun, anda dinasihatkan untuk lebih berwaspada terhadap kandungannya sebelum membeli


No comments:

Post a Comment