Hello pretty,
I akan tulis satu simple tips which every girls must have this kind of problems.
EYE BAG!!
I had been told to share some tips in Malay language and here it gores:-
Ada banyak cara untuk menghilangkan kesan lingkaran bawah mata. Banyak cara untuk miliki mata cantik. Cara yang paling mudah boleh diperolehi dari bahan-bahan dari dapur.
1. Gunakan ketulan ais. Bungkus ketulan ais dalam kain, dan tekapkan di mata. kalau rimas dgn keadaan basah, boleh gunakan sudu yang telah disimpan di peti beku semalaman.
2. Minum air kosong. Air adalah bahan yang paling jimat dan juga paling berkesan untuk mengelak atau merawat sakit. Air banyak membantu dlm proses pemulihan badan.
3. Tekapkan uncang teh ke mata untuk mengurangkan kesan mata sembap.
4. Gunakan timun yang telah dihiris nipis dan disejukkan seketika di dlm peti sejuk untuk dilekapkan di mata.Astrigent yg ada dlm timun membantu dalam mengurangkan mata sembap.
5. Boleh juga gunakan kentang sebagai ganti timun. Caranya sama sahaja seperti di atas
Kalau anda rasa malas dan leceh untuk menggunakan tips semudah ini, penggunaan eye cream ataupun krim malam adalah yang terbaik kerana ia membantu mata kulit bawah mata anda dengan lebih effective dan juga lebih mudah. Berbelanja lebih sikit untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi. Dont forget to visit beauty shop and choose a suitable eye cream for you. Till then.
No comments:
Post a Comment