Sunday, 21 August 2016

Rahsia penjagaan kecantikan wanita Korea




Sebut sahaja wanita Korea, pasti ramai yang membayangkan kulit wajah yang halus mulus, putih dan gebu. Bak kata pepatah Wanita Korea Selatan adalah cukup sempurna. Kejelitaan mereka menjadi dambaan para remaja serta wanita diluar sana sehingga sesetengah daripadanya sanggup berhabisan wang ringgit hanya untuk mendapatkan kulit muka yang sama seperti idola mereka. tetapi tahukah anda wanita korea juga mempunyai rahsia kecantikan mereka sendiri tanpa berhabisan wang yang banyak. Ketahui rahsia kecantikan wanita Korea menjaga kulit wajah mereka:-

 1.Teh Hijau 
 Wanita di Korea mengamalkan pengambilan teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ini kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus dan ia membuatkan kulit mereka bebas dari jerawat.

2. Produk penjagaan kulit 
 Produk penjagaan kulit di Korea memang sangat popular jadi tidak hairanlah mengapa mereka mempunyai kulit yang halus dan mulus. Namun jika penggunaannya tidak begitu displin ia tidak akan memberi sebarang kesan. Wanita korea lebih cenderung memilih produk pencuci muka yang tertera (Cleansing Oil) kerana ia mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Jangan lupa penyegar dan pelembap sekali.

 3. Air yang banyak 
 Ramai yang sudah mengetahui kepentingan air di dalam tubuh badan manusia. Bukan wanita Korea sahaja yang tahu bahawa pengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan anda lebih sihat dan mendapat kulit yang lebih cantik. Tanpa mengambil air yang cukup kulit akan menjadi kering dan tidak baik untuk kesan jangka masa panjang. Kulit akan menjadi lebih berkedut dan anda akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

 4. Senaman Muka 
 Kebanyakan artis Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Jadi apa lagi sedia lah untuk mengerakkan bibir anda.

 5. Pupur Wajah 
 Bagi melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh wanita Korea, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah setiap kali selepas mengurut wajah dan seeloknya pilihlah pupur yang bersesuaian untuk kulit Asia. Anda disarankan memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask)

Isu kecantikan kulit di Korea sangat penting kerana ia melambangkan keperibadian seseorang itu. Ini sewajarnya harus dijadikan ikutan kerana dengan kulit yang lebih cantik akan membuatkan kita lebih yakin untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

No comments:

Post a Comment